Wednesday, May 20, 2015

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam perantauan dari negara matahari terbit. Yoroshiku Onegaishimasu. Lama betul tak berblogging. Tengok blog dah serupa rumah hantu. Bersarang habis. Kibi tiba masa kita buka balik blog yang dah lama tak dibuka. Kita buka lembaran baru . Kini syda ada di Tsujido, Fujisawa Japan. Cuti tanpa gaji selama 3 tahun ikut suami bekerja di sini. Syda sampai Japan pada 1 Mei 2015 dan jangkaan cuti berakhir pada 1 mei 2018. blerghhhhhh. Kalau ikut dari tarikh sampai jepun aritu lebih kurang dah 21 hari sampai Jepun. Setakat ni lepas pergi kedai beli brg dapur je. kihkihkih. Kena start all over balik dari 0. Ok. Mungkin entry2 selepas ini syda akan ceritakan mcm mana kehidupan kat sini, budaya dan kehidupan orang Jepun. Kalau ada syda pergi tempat yang menarik, syda akan masukkan sekali. Mana tahu boleh jadi guide pada orang yang nak mai Jepun. Tiada post berbayar, (obviously) sebab leceh. Ok. Kita jumpa lagi pada next post. Arigatou Gozaimasu !
 
Twitter Facebook Dribbble Tumblr Last FM Flickr Behance